December 15th, 2016

Dikecam dan dihimpit kontroversi gara-gara menyindir seorang  pramugari kerana tidak mahu mengangkat begnya , Fathia Latiff akui ia adalah salah satu ujian buatnya agar sentiasa beristiqamah.

Fathia pada masa yang sama berkongsi berita bahawa beliau dan keluarga bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi.

Allah menguji kesabaran saya. Sebagai manusia ada kalanya saya tidak mampu mengawal perasaan. Namun setiap kejadian sebagai pengajaran untuk mematangkan diri.  Namun di sebalik berdepan dugaan silih berganti, saya semakin tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke sana menjalani beribadah. Lebih istimewa kerana seluruh keluarga turut serta.

Bagi saya, mahu menjadi baik bukan senang. Beristiqamah selepas bertudung pun bukan perkara mudah. Apa pun dalam hidup ini kita pasti akan terjatuh dan perlu lekas bangun.

Tiada manusia yang boleh lari daripada kesilapan tetapi bila difikirkan balik, kadang-kadang kita harus rendahkah sedikit “ego” yang ada agar perkara tidak berpanjangan.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...