Penyampai radio sensasi, Tyzo Xander memaklumkan bahawa dia akan kembali ke udara setelah dia dilaporkan menyertai saluran Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM FM).
Tyzo pilih IKIM FM
Setelah hampir dua bulan tidak bersiaran di mana-mana stesen radio, Tyzo yang ditemui media menjelaskan sebab dirinya memilih untuk menyertai stesen radio berkenaan.
Ujar Tyzo, hatinya terbuka untuk bersama IKIM FM setelah selesai mengerjakan ibadah umrah di Mekah, baru-baru ini.
Kebetulan pula selepas itu saya dijemput untuk mengerjakan ibadah umrah dan sewaktu di sana (Makkah), Allah seakan memberikan saya petunjuk dan hidayah untuk bersama dengan IKIMfm.
Sebab waktu saya berada di sana saya berdoa pada Allah kalau saya masih boleh memberikan manfaat kepada orang ramai, saya minta agar saya masih diteruskan dalam bidang ini tetapi kalau sebaliknya saya minta agar Allah tukarkan saya kepada bidang lain. Alhamdulillah, saya memilih IKIMfm.
Tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan tempat kerja baru
Tambahnya, dia merasakan tiada masalah untuk dirinya menyesuaikan diri dengan konsep stesen radio berkenaan yang lebih islamik dan mempunyai pendekatan berbeza.
Saya fikir tiada masalah untuk saya bertugas di IKIMfm kerana stesen radio itu masih ada unsur hiburan. Cuma, pendekatan mereka berbeza.
Apa yang penting ialah saya perlu ‘blend’kan diri saya bersama dua lagi penyampai bagi segmen yang bakal kami kendalikan bersama. Dari segi taktikalnya, saya akan ‘study’ supaya kami bertiga dapatkan ‘chemistry’ bila ke udara bersama.
Terdahulu, nama Tyzo menjadi bualan warga maya setelah dia mendakwa telah dianiaya satu stesen radio terkenal kerana diberhentikan lebih awal daripada kontrak yang dipersetujui.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.