“Allah Lebih Tahu…” Rossa Akui Didekati Ramai Lelaki, Tak Serius Fikir Soal Jodoh

Hiburan

“Allah Lebih Tahu…” Rossa Akui Didekati Ramai Lelaki, Tak Serius Fikir Soal Jodoh

Sejak rumah tangga yang dibina gagal, penyanyi terkenal Indonesia, Rossa mengakui dirinya didekati ramai lelaki namun semuanya tidak membawa kepada ikatan perkahwinan kali kedua buat dirinya.

Rossa
2 years ago

Tiba-Tiba Sahaja Terpalit Gosip Di Malaysia, Rossa Akui Tak Kenal Siapa Iqbal

Advertisement

Penyanyi jelita bersuara lunak ini memang dikenali sebagai seorang yang sangat mesra dan terbuka meskipun sering diajukan pertanyaan berkaitan hal peribadi yakni soal jodoh dan perkahwinan.

Kini, ujar Rossa yang mesra disapa sebagai Ocha itu berkata dia lebih selesa dan bahagia menjalani kehidupan sebagai wanita bekerjaya dan bergelar ibu tunggal yang berjaya dalam karier.

Buat masa ini, saya tidak fikir soal jodoh dan pasangan. Sebab saya ada anak, Rizky Langit Ramadhan. Beberapa tahun semenjak bercerai, saya tak pernah fikir secara serius untuk bernikah atau bercinta.

Kerana keutamaan saya adalah dunia nyanyia. Bab jodoh itu, memang ditentukan Allah. Kalau minta kepadanya, pasti kita mahukan yang terbaik. Tapi soal siapa dan bila, Allah lebih tahu.

Rossa yang kini sudah berusia 43 tahun memaklumkan bahawa dia enggan terlalu runsing memikirkan soal pasangan hidup dan hanya ingin menjalani kehidupan dengan sebaiknya.

“Saya sangat bersyukur kerana diberikan waktu yang cukup panjang untuk berada dalam industri muzik, disukai ramai orang dan dikenali pelbagai generasi. Soal jodoh, ada ‘manager’ di atas yang tentukan semuanya.” kata Rossa.

Perkembangan terkini, Rossa kini muncul dengan single terbaru berjudul Terlalu Berharap yang turut menggarapkan kisah peribadinya dalam lagu tersebut.

Rossa juga merancang untuk menganjurkan konsert sempena 25 tahun penglibatannya dalam industri seni nyanyian di Indonesia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...