“Allah Bagi I Rezeki Cantik & Lawa Untuk Berbakti..” – Nasha Aziz Buat ‘Live’ Sambil Bersihkan Kubur Curi Perhatian

Hiburan

“Allah Bagi I Rezeki Cantik & Lawa Untuk Berbakti..” – Nasha Aziz Buat ‘Live’ Sambil Bersihkan Kubur Curi Perhatian

Baru-baru ini, tular di platform Threads memaparkan keratan klip live pelakon serta model jelita, Nasha Aziz sedang membersihkan kawasan kubur.

Perbuatan yang dilakukan telah meraih perhatian ramai, di mana netizen bertanya kenapa dia memperlakukan perkara tersebut.

Advertisement

Cara berbakti sebagai hamba Allah

Tenang menjawab persoalan netizen, Nasha Aziz berkata terlalu banyak rezeki yang Allah sudah berikan untuknya, jadi itu saja cara dirinya untuk membalas segala kebaikan yang diterima.

Allah bagi I rezeki cantik lawa untuk apa I guna kan? Untuk berbakti InshaAllah.

nasha aziz bersihkan kubur

Dalam pada itu, model tersebut berkata dia membersihkan kawasan perkuburan itu kerana terlalu banyak sampah-sampah seperti botol air serta bunga yang dibuang merata di kawasan berkenaan.

Netizen kagum dengan kebaikan yang dilakukan oleh Nasha

Beli bunga mereka campak je. Mereka bawa botol air untuk siram arwah, mereka campak je. Taman perkuburan ini jadi seperti tempat pembuangan sampah.

nasha aziz

Susulan itu, netizen yang memasuki live tersebut mendoakan agar kebaikan yang dilakukan oleh Nasha dibalas dengan kebaikan berlipat kali ganda serta sentiasa dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus.

Nasha
1 year ago

(Nara#ICYMI) "Saya Ketepikan Jodoh Kerana Mahu Jaga Ibu Kandung Dan Ibu Angkat" - Nasha Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...