(Nara#ICYMI) “Saya Ketepikan Jodoh Kerana Mahu Jaga Ibu Kandung Dan Ibu Angkat” – Nasha Aziz

Hiburan

(Nara#ICYMI) “Saya Ketepikan Jodoh Kerana Mahu Jaga Ibu Kandung Dan Ibu Angkat” – Nasha Aziz

Pelakon jelita, Nasha Aziz,49, berkata dia sanggup mengenepikan soal jodoh kerana mahu menjaga orang tua kesayangan, ibu kandung dan juga ibu angkatnya yang masing-masing sudah kematian suami.

Tetap positif, pemilik nama Noraishah Abdul Aziz ini meletakkan segalanya kepada ketentuan Ilahi.

Advertisement

Saya serahkan jiwa raga saya kepada Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya.

Bapa kandung dan bapa angkat saya sudah meninggal dunia. Saya tak jumpa mana-mana lelaki sebagai jodoh kerana saya mempunyai dua ibu yang ‘single’ ketika ini.

Namun begitu, Nasha mengakui dia ada terfikir untuk menamatkan zaman solo namun hanya mengikut jalan yang ditetapkan Allah.

Kadang-kadang kita ada bercadang tapi kalau bukan dengan izin Allah takkan dapat juga.

Saya nampak jodoh saya sekarang dengan ibu-ibu ini. Hari ini pergi membeli-belah dengan ibu kandung, esok dengan ibu angkat pula. Mereka pun sudah uzur dan memerlukan perhatian penuh. Kalau saya ada suami, sudah tentu saya kena tinggalkan mereka sedangkan mereka sensitif dan perlukan perhatian,

Meskipun masih belum disunting sebagai isteri, Nasha berkata hidupnya kini gembira dan tidak sunyi kerana dikelilingi ramai anak saudara yang dianggap sebagai anak sendiri.

Dia sebelum ini pernah bertunang dengan seorang jejaka bernama Helmi namun putus secara baik setelah setahun mengikat janji.

Sekadar info, Nasya Aziz terkenal dengan drama dan filem filem seperti Laila Isabella, Bara, Trauma, Puaka Tebing Biru dan banyak lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

April fool
4 weeks ago

"Saya Saja Sakat, Untuk Korang Semua, April Fool" - Aliff Syukri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...