Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aliff Syukri Nafi Dakwaan Ciplak Lagu Bobo Dimana, Hanya Tajuk Yang Sama

Lagu Bobo Dimana nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna dipenuhi dengan pelbagai kontroversi. Bukan sahaja dikecam kerana penuh unsur lucah, lagu tersebut juga dikatakan diciplak.

Advertisement

Malah, penyanyi Rap Indonesia, Roy Ricardo yang merupakan pemilik asal lagu Semalem Bobo Dimana sudah memuat naik satu video mengenai isu tersebut. Menurut Roy  memang benar lagu Bodo Dimana menggunakan melodi serta lirik yang sama dengan lagunya itu yang sudah terlebih dahulu popular sekitar tahun 2014.

Seperti biasa, netizen pasti cukup pantas menanyakan hal tersebut kepada Aliff. Menerusi ruangan Ask Me A Question, jutawan kosmetik itu memberitahu tiada siapa yang ciplak cuma tajuknya sahaja yang sama.

Pada masa yang sama, Lucinta Luna juga menafikan isu ciplak itu dan mendakwa penyanyi rap itu sengaja ingin meraih perhatian dan menumpang populariti lagu Bobo Dimana yang sudah viral.

Terdahulu, Roy agak bengang dan mengatakan Aliff , Sajat dan Lucinta Luna tidak meminta izin darinya dahulu untuk menggunakan lagu karya beliau. Bukan wang yang menjadi isu utama tetapi apa salahnya untuk menghormati karya orang lain.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 Comments

  1. BaikotAje

    September 19, 2018 at 3:25 pm

    Suara Sajat paling legendary . Tak tau macam mana nak described ….

  2. Miss Anggerik

    September 19, 2018 at 11:51 am

    Ingatkan dia Bro Bro dalam video nie tuju dekat Dato Alif Syukri, rupanya Bro LL @3.19 hahahaa tertipu deh gue..

  3. Hayrin Matahir

    September 18, 2018 at 7:24 pm

    Nasib baik tak suka lagu ini. Lagu2 zaman 90-an dan awal 2000-an pujaan hatiku..

  4. Junaidi Syarif

    September 18, 2018 at 7:15 pm

    BOBO means SLEEP in Indonesian Language.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top