Hubungan cinta Aliff Aziz dan kekasih Bella Astillah sudah diketahui ramai, sudah hampir enam bulan menyulam kasih penyanyi tersebut sudah bersedia dan merancang untuk melangkah ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan mereka.
Sudah mengenali keluarga masing-masing dan menyifatkan Bella adalah gadis yang cukup baik serta memahami dirinya, Aliff merencana untuk mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya itu pada Disember tahun ini selepas selesai dengan urusan mempromosikan album terbaru beliau.
Saya mengenali Bella sudah hampir tiga tahun. Tetapi saya hanya mulai rapat dengan Bella pada akhir tahun lalu, selepas kami bejumpa di sebuah acara. Dari situ, saya mulai berkawan dan rapat. Mengenali dirinya, Bella merupakan seorang gadis yang sangat baik dan memahami saya. Dia juga tidak gagal memberi sokongan buat saya.
Dalam masa terdekat, saya mahu fokus kepada promosi album terbaru saya. Bella pula masih lagi belajar dan pengajiannya bakal tamat pada April tahun hadapan. Insya-Allah jika jodoh kami panjang, kami merencana untuk bertunang pada bulan Disember ini.
Berbicara tentang tarikh pernikahan pula, buat masa ini Aliff Aziz belum memikirkan perkara tersebut dan mahu kekasihnya itu tamat belajar dahulu serta menyerahkan segala perancangan kepada Allah SWT.
Bercakap mengenai perkahwinan pula, saya belum fikirkan lagi kerana saya mahu fokus kepada permulaan semula kerjaya saya dan saya juga mahu Bella tamat belajar dahulu. Perkara yang baik semestinya akan Allah bantu jika niatnya betul, Insya-Allah.
Jika niat Aliff Aziz itu betul dan baik pasti ia akan dipermudahkan. Lupakanlah kisah silam serta imej budak nakal yang dahulu dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dan bertanggungjawab selepas ini. Harus bersedia daripada pelbagai aspek apabila ingin menggalas tanggungjawab sebagai suami orang.