June 9th, 2015

Pergh!!! Memang sah Aliff Aziz ini seorang yang romantis dan sedang mabuk bercinta dengan Bella Astillah. Sebelum ini Abang Nara ada kongsikan beberapa gambar mereka berdua yang agak mesra. Kalau Abang Nara muat naik gambar macam ini masa bercinta dulu, confirm muka ini dah diterajang oleh ayah tercinta. Romantik, romantik juga tetapi kenalah tahu batasan dan tidak memuat naik gambar yang tidak sedap mata orang lain memandang.

aliff aziz dan bella

Namun seperti yang Abang Nara katakan, Aliff Aziz adalah seorang yang romantis. Semua yang Aliff lakukan adalah cara dirinya menyampaikan rasa cinta terhadap Bella. Amboi, gugur jantung membacanya. Mungkin tak cukup dengan kata-kata dan mesej secara peribadi, Aliff Aziz harus berkongsi dengan satu dunia perasaannya terhadap Bella. Takut kena rampas mungkin? Kata Aliff:-

Sebagai artis, saya tahu tidak boleh terlalu berlebih-lebih dalam melakukan sesuatu perkara kerana boleh mengundang cakap-cakap orang.

Dan kekerapan memuat naik foto mesra kami bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk, tetapi ini adalah cara saya menyampaikan rasa cinta pada dia (Bella) dan pada masa sama ingin berkongsi detik bahagia ini bersama peminat.

Saya seorang yang terbuka dengan komen-komen nasihat serta kritikan yang diberi tetapi laporan yang ditulis terlalu keras dan bagi saya bukan cara itu nak beri nasihat.

Ia ditulis seolah-olah kami berkelakuan tidak senonoh, bukan itu caranya jika ingin memberi nasihat. Kasihanilah keluarga kami yang pastinya akan terkena tempias hanya kerana laporan itu.

Saya tahu reputasi saya bukannya bagus sangat tetapi tidak bermakna kisah kami boleh ditulis begitu. Lagipun saya sedang berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik.

aliff aziz dan bella

Orang tengah bercinta memang dunia ini dirasai seperti mereka yang punya. Kalau tegur macam mana pun, memang sukar untuk diterima. Berdasarkan pengalaman Aliff Aziz terdahulu yang seringkali gagal dalam percintaan, mungkin penyanyi ini perlu kurangkan perkongsian sebegini di laman sosial. Biarlah cinta itu sesuatu yang ekslusif buat anda dan Bella. Tak gitu? Lagi beberapa gambar dengan membaca artikle ini sepenuhnya. Sumber Mstar Online.

aliff aziz dan bella
aliff aziz dan bella
aliff aziz dan bella
aliff aziz dan bella
aliff aziz dan bella
aliff aziz dan bella


Comments are closed.

Loading...