Masihkan anda ingat mengenai kontroversi serangan yang dilakukan oleh Aliff Aziz terhadap seorang sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang Pengurus Jabatan Kontrak yang dikenali sebagai Ismail Mahtar pada bulan Disember lalu? Ketika serangan berlaku, Ismail mendakwa badan Aliff Aziz berbau arak yang amat kuat namun penyanyi dari Singapura itu pula mendakwa dirinya disampuk. Kini kes itu telah selesai apabila Aliff Aziz telah pergi membuat permohonan maaf seperti yang diminta oleh Ismail.
Sekiranya Aliff Aziz tidak membuat permohonan maaf, Ismail Mahtar berhasrat untuk menyaman penyanyi tersebut. Nasib baiklah semuanya dapat diselesaikan tanpa melibatkan mahkamah. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua belah pihak kerana sanggup beralah. Kata Aliff:-
Saya ingin membuat kenyataan di sini bahwa saya telah menghubungi abang Ismail (mangsa) dan memohon maaf kepada beliau. Saya juga telah terangkan kepada beliau bahwa saya memang tidak berniat langsung mahu menyerangnya tetapi kejadian berlaku dalam keaadan saya tidak sedar.
Alhamdulillah, abang Ismail faham akan situasi saya dan beliau memaafkan saya. Beliau juga bersetuju untuk mengugurkan saman terhadap saya. Jadi, isu ini telah pun dapat diselesaikan dengan baik
aaliff azizIsmail Mahtar juga telah mengesahkan yang dia telah memaafkan Aliff dan menggugurkan saman terhadap penyanyi tersebut. Diharap agar peristiwa ini akan menjadi pengajaran buat Aliff Aziz. Semoga tahun 2015 akan dipenuhi dengan cerita-cerita positif dan bukannya negatif seperti tahun 2014. Sumber MalaysianDigest.