Ali Puteh Jawab Tuduhan Lepas Tangan, Arwah Ibu Tak Sempat Jumpa Cucu

Hiburan

Ali Puteh Jawab Tuduhan Lepas Tangan, Arwah Ibu Tak Sempat Jumpa Cucu

Ibu kepada pelawak popular, Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh iaitu Sabariah Arshad, pada 1 Oktober lalu telah menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit.

Arwah ibu Ali Puteh
4 bulan lalu

(TAKZIAH) Ibu Arwah Abam Bocey Dan Ali Puteh Meninggal Dunia

Advertisement

Memetik laporan Melodi, Ali Puteh meluahkan rasa syukur urusan pengebumian ibu berjalan lancar. Dia sebagai seorang anak, reda dengan pemergian itu.

Ditanya mengenai anak arwah Abam, Ali berkata arwah ibunya tidak ada berjumpa langsung dengan cucunya itu. Menurutnya, sekatan perjalanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyukarkan lagi mereka untuk bertemu.

Advertisement

Kongsi Ali, sampai satu tahap iaitu sebulan sebelum ibunya meninggal dunia, ibunya berkata;

Mak dah tak kisah. Mak dah tak heran. Mak tak dapat tengok pun tak apa lah. Kalau kata mak pergi nanti pun, mak tak dapat tengok pun mak reda. Untuk hilangkan rindu mak ni, mak anggap abang kau ni tak kahwin.

Kata Ali lagi, arwah ibunya terpaksa menganggap arwah Abam tidak meninggalkan zuriat kerana tidak mahu terlalu risau dan menanggung rindu. Mereka hanya mampu mendoakan semoga dia baik-baik sahaja.

hidayah abam

Ketika ditanya mengenai kemelut sehingga tidak dapat berjumpa anak saudara, Ali berkata sebagai bapa saudara dia hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Orang cakap saya lepas tangan, orang cakap saya tak tengok, tak berikan nafkah apa semua. Sebenarnya satu Malaysia mungkin belum faham. Kita tengah urusan mahkamah.

Orang kata faraid dah selesai, orang kata hukum di mahkamah dah selesai. No.. belum selesai.

Ali turut menjawab tuduhan netizen yang mengatakan dia lepas tangan terhadap zuriat yang ditinggalkan arwah Abam.

Dalam masa sama, wartawan turut mendapatkan respon Hidayah namun dia menolak untuk memberikan sebarang komen.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

10 Comments

  1. Anonymous

    October 11, 2021 at 3:31 pm

    Orang cakap saya lepas tangan, orang cakap saya tak tengok, tak berikan nafkah apa semua. Sebenarnya satu Malaysia mungkin belum faham. Kita tengah urusan mahkamah.

    Dak aih, tang ni aku geram, ye laaa urusan mahkamah tak selesai, tapi ko sebagai bapak sedara takkan la tak punya hati perut, pi hulur lah tak banyak pun sikit kat depa, hang nak tunggu habis mahkamah selesai, hang bukak tatau mahkamah kat malaysia ni kadang makan tahun baru selesai…. pastu hang dok harap depa mai sua muka depan hang, kalau aku memang taklaaaa… hang dok kata kat dia bukan main, tiba tiba mak hang sakit hang nak dia mai sua muka. hang la pi usaha bawak mah hang jumpa dia… tak boleh pun, video call kan ada. Takkan itupun netizen nak ajar hang. Dah sekarang mak hang dah tadak, hang banyak bunyik salahlah bekas kak ipar hang pulak…eiiii kan dah panjang aku membebel, mintak jauh laaa aku, mudahan keluarga mentua aku ipar duai aku tadahlah pesen hang…

    • Anonymous

      October 11, 2021 at 6:01 pm

      kan.. kalau 10 thun masih kes mahkamah. 10 thun la anak arwah tu terabai ke? (w/pun aku yakin mak dia xkan abaikan anak sdiri). iye ke arwah mak kau anggap arwah abam xde tinggalkan zuriat? ke kau? maksudnya, kalau mcm tu boleh ambik semua harta lah ye? itu ke yg buat kau beranggapan selama ni? baguslah hidayah x balas apa2. lawan cakap dgn org mcm kau ni buat sakit hati n otak je. aku org luar pun stress ni kan pulak yg kena btg hidung sdiri.

  2. Anonymous

    October 11, 2021 at 3:16 pm

    mcm2 dok kata kat bini arwah pastu dok harap kawan tu nak mai sua anak…sorry naik lori..klu aku pun aku x tehegeh2 aih nak p tengok..

  3. jgn buat2 lupa

    October 11, 2021 at 2:53 pm

    hang dah sakit kan org tu… keluar mcm2 statement di mediaaaaa… tiba2 rindu x reti nk berhubung/kuar statement? LOL
    org tu xkan lupa mcm mana dia kluar selai sepinggang lps arwah suami tmpt bergantung dh xde
    skrg, ali peluk laa semua harta arwah abam tu
    peluk bwk tido
    sbb harta arwah, keluarga berpecah belah
    sape yg mulakan semua ni
    sapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?????????????????????????????

  4. Lily.Bwn

    October 11, 2021 at 2:15 pm

    Betul ker mak dia ckp mcm tu? Hurmm suspicious bila “mak tak tengok pun mak reda. Untuk hilangkan rindu ni….” Kenapa tal video call erk??

  5. Anonymous

    October 11, 2021 at 1:52 pm

    KALAU CIK PUN MALAS NAK KOMEN…DULU HANG KATA DIA MACAM2. HURMMMM

    • Anonymous

      October 11, 2021 at 3:25 pm

      Jgn komen yg jahat2, nanti die cari korang.. Abes la.. #xyahckppunorgkenalspeali

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...