(TAKZIAH) Ibu Arwah Abam Bocey Dan Ali Puteh Meninggal Dunia

Hiburan

(TAKZIAH) Ibu Arwah Abam Bocey Dan Ali Puteh Meninggal Dunia

Ibu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh iaitu Sabariah Arshad meninggal dunia akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit kira-kira pukul 11.54 malam di Hospital Selayang, semalam.

Ali Puteh
3 years ago

"Masih Teringat Arwah Abam..." - Ali Puteh Akui Rindu Arwah Abam Bocey

Advertisement

Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkongsi khabar duka itu menerusi hantaran di Instagram dan memohon doa dari orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan ibunya.

Difahamkan arwah ibu Ali Puteh dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu akibat dari serangan asma yang dialaminya.

Jenazah akan dimandikan di Masjid Gombak Utara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pasu, Gombak sebelum solat Jumaat.

Ali Puteh dan ibunya

Sekadar info, pada 10 Februari 2020 abang kepada pelawak ini iaitu Allahyarham Abam Bocey telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat demam panas.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...