Ali Puteh Jawab Tuduhan Lepas Tangan, Arwah Ibu Tak Sempat Jumpa Cucu

Hiburan

Ali Puteh Jawab Tuduhan Lepas Tangan, Arwah Ibu Tak Sempat Jumpa Cucu

Ibu kepada pelawak popular, Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh iaitu Sabariah Arshad, pada 1 Oktober lalu telah menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit.

Arwah ibu Ali Puteh
2 bulan lalu

(TAKZIAH) Ibu Arwah Abam Bocey Dan Ali Puteh Meninggal Dunia

Advertisement

Memetik laporan Melodi, Ali Puteh meluahkan rasa syukur urusan pengebumian ibu berjalan lancar. Dia sebagai seorang anak, reda dengan pemergian itu.

Ditanya mengenai anak arwah Abam, Ali berkata arwah ibunya tidak ada berjumpa langsung dengan cucunya itu. Menurutnya, sekatan perjalanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyukarkan lagi mereka untuk bertemu.

Advertisement

Kongsi Ali, sampai satu tahap iaitu sebulan sebelum ibunya meninggal dunia, ibunya berkata;

Mak dah tak kisah. Mak dah tak heran. Mak tak dapat tengok pun tak apa lah. Kalau kata mak pergi nanti pun, mak tak dapat tengok pun mak reda. Untuk hilangkan rindu mak ni, mak anggap abang kau ni tak kahwin.

Kata Ali lagi, arwah ibunya terpaksa menganggap arwah Abam tidak meninggalkan zuriat kerana tidak mahu terlalu risau dan menanggung rindu. Mereka hanya mampu mendoakan semoga dia baik-baik sahaja.

hidayah abam

Ketika ditanya mengenai kemelut sehingga tidak dapat berjumpa anak saudara, Ali berkata sebagai bapa saudara dia hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Orang cakap saya lepas tangan, orang cakap saya tak tengok, tak berikan nafkah apa semua. Sebenarnya satu Malaysia mungkin belum faham. Kita tengah urusan mahkamah.

Orang kata faraid dah selesai, orang kata hukum di mahkamah dah selesai. No.. belum selesai.

Ali turut menjawab tuduhan netizen yang mengatakan dia lepas tangan terhadap zuriat yang ditinggalkan arwah Abam.

Dalam masa sama, wartawan turut mendapatkan respon Hidayah namun dia menolak untuk memberikan sebarang komen.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

10 Comments

  1. abg 8 inch

    October 13, 2021 at 11:13 am

    butolah Ali.
    kau dgn famili kau tekan bini arwah, lps tu nk ckp mcm ko betul.
    hanat melayu

  2. Deanna

    October 12, 2021 at 9:55 am

    bg aku Ali ini mmg x bijak, wpun btl lah arwah mak dia berkata begitu x perlu dia terangkan pd media, tujuan apa, mak dia pun dah meninggal so kes faraid akan automatik jd hak hamzah pasal dia anak lelaki dan isteri arwah abam akan jd pengamah untuk anak dia, terserahlah isteri dia nak buat apa dgn harta peninggalan dgn syarat dia x aniaya hamzah dan buat hamzah melarat. jgn nak play a victim sgt lah Ali

  3. tecit

    October 11, 2021 at 4:44 pm

    astaghfirullahalazim. sanggup nye seorang nenek ckp mcm tu. xnk menantu buang cucu.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...