Ibu kepada pelawak popular, Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh iaitu Sabariah Arshad, pada 1 Oktober lalu telah menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit.
Memetik laporan Melodi, Ali Puteh meluahkan rasa syukur urusan pengebumian ibu berjalan lancar. Dia sebagai seorang anak, reda dengan pemergian itu.
View this post on Instagram
Ditanya mengenai anak arwah Abam, Ali berkata arwah ibunya tidak ada berjumpa langsung dengan cucunya itu. Menurutnya, sekatan perjalanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyukarkan lagi mereka untuk bertemu.
Kongsi Ali, sampai satu tahap iaitu sebulan sebelum ibunya meninggal dunia, ibunya berkata;
Mak dah tak kisah. Mak dah tak heran. Mak tak dapat tengok pun tak apa lah. Kalau kata mak pergi nanti pun, mak tak dapat tengok pun mak reda. Untuk hilangkan rindu mak ni, mak anggap abang kau ni tak kahwin.
Kata Ali lagi, arwah ibunya terpaksa menganggap arwah Abam tidak meninggalkan zuriat kerana tidak mahu terlalu risau dan menanggung rindu. Mereka hanya mampu mendoakan semoga dia baik-baik sahaja.
Ketika ditanya mengenai kemelut sehingga tidak dapat berjumpa anak saudara, Ali berkata sebagai bapa saudara dia hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Orang cakap saya lepas tangan, orang cakap saya tak tengok, tak berikan nafkah apa semua. Sebenarnya satu Malaysia mungkin belum faham. Kita tengah urusan mahkamah.
Orang kata faraid dah selesai, orang kata hukum di mahkamah dah selesai. No.. belum selesai.
Ali turut menjawab tuduhan netizen yang mengatakan dia lepas tangan terhadap zuriat yang ditinggalkan arwah Abam.
Dalam masa sama, wartawan turut mendapatkan respon Hidayah namun dia menolak untuk memberikan sebarang komen.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.