Tidak disekat daripada muncul di mana-mana kaca TV meskipun terlanjur dalam mengeluarkan kenyataan di sebuah program bual bicara, pelakon Fauzi Nawawi meluahkan rasa syukur.
Menurut pelakon berusia 49 tahun itu, ketika isu tersebut sedang hangat, telah tersebar dakwaan bahawa dia akan di banned namun sehingga kini Fauzi masih tidak menerima sebarang kenyataan berhubung isu terbabit.
Jelas Fauzi, dia tidak mendapat sebarang surat rasmi meskipun timbul ura-ura berkenaan hal tersebut. Akui suami Lisdawati itu, industri seni adalah jiwanya dan dia diberitahu oleh beberapa pengarah bahawa ada yang menolak untuk menerimanya berlakon.
Alhamdulillah, saya tidak di banned pun sampai sekarang, malah jujur saya katakan tidak langsung risau sekiranya di banned daripada sesiapa kerana saya tidak bergantung dengan mana-mana makhluk di muka bumi ini.”
Bapa kepada 8 anak itu bagaimanapun akui kejadian tersebut sedikit sebanyak menyedarkannya bahawa tida semua orang dalam industri seni menyukainya.
Sekitar Oktober tahun lalu, nama Fauzi menjadi bualan hangat ramai warganet selepas video temu bual dalam program TV tular di media sosial. Fauzi mendapat kecaman hebat selepas dia bercerita tentang isu adegan rogol membabitkannya dan pelakon Raja Farah dalam filem Anak Halal.
Menerusi perbualan tersebut, dia mengakui terpaksa mengawal nafsu ketika melihat Raja Farah dan rata-rata netizen menganggap apa dikatakannya seperti membuka aib dan tidak sesuai dikongsi kepada umum.