“Alasan Sebab Dah Lama Tak Balik” – Wanita Kesal ‘Management’ Sesuka Hati Buat Rumah Jadi Stor Barangan Perabot

Kehidupan

“Alasan Sebab Dah Lama Tak Balik” – Wanita Kesal ‘Management’ Sesuka Hati Buat Rumah Jadi Stor Barangan Perabot

Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila pihak pengurusan kediamannya didakwa sesuka hati memasuki rumah dan menjadikan rumahnya sebagai stor menyimpan barang.

Ujar Farah (bukan nama sebenar), dia sudah lama tidak balik ke rumah jenis kondominium yang terletak di Negeri Sembilan dan sama sekali tidak menyangka ia dipenuhi dengan perabot, tilam, tv lama dan papan katil.

Advertisement
rumah storSumber : mStar Online  

Kata Farah, lebih 10 tahun dia tidak pulang ke rumah itu dan sengaja dibiarkan kosong selain dijadikan sebagai aset harta peribadi.

Rumah tu dah nak habis bayar, saya nak buat full settlement. Jadi saya datanglah jenguk ke rumah tu minggu lalu. Rumah saya di aras bawah.

Dari luar tingkap, saya nampak ada barang-barang di dalam rumah. Saya terkejut sebab rumah memang kosong dari mula dibeli. Saya salah rumah ke?

Dia kemudiannya merujuk kepada pihak pengurusan dan menerima jawapan yang tidak disangka-sangka.

Rumah storSumber : mStar Online  

Pihak pengurusan beritahu mereka tumpang barang kat rumah saya, tapi tak minta izin pun. Alasannya tak masuk akal, mereka kata rumah saya dipecah masuk sebelum ini.

Saya istighfar masuk dalam rumah, dinding dan lantai kotor, sampai sesak nafas, tak boleh masuk ke bilik ruang makan, dan dapur sebab penuh barang.

Jelasnya, dia seperti hendak terkena serangan jantung apabila melihat rumah sendiri ‘diceroboh’ pihak pengurusan kondominium.

Rumah dijadikan storSumber : mStar Online  

Tolonglah jangan bagi alasan ‘sebab puan dah lama tak balik’. Kalau saya tak balik rumah selama 20 tahun pun, mereka tiada hak untuk masuk rumah tanpa izin.

Difahamkan, Farah kini berada dalam fasa rundingan dengan pihak pengurusan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap isu tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

azera
9 months ago

"Saya Reda, Biarlah Allah Yang Membalasnya.." - Nur Azera Buka Mulut, Terima Takdir Diceraikan Bekas Mak Nyah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...