“Saya Reda, Biarlah Allah Yang Membalasnya..” – Nur Azera Buka Mulut, Terima Takdir Diceraikan Bekas Mak Nyah

Kehidupan

“Saya Reda, Biarlah Allah Yang Membalasnya..” – Nur Azera Buka Mulut, Terima Takdir Diceraikan Bekas Mak Nyah

Bekas isteri kepada pengantin ‘viral’ Danny yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana pernah menjadi seorang pengkid namun berubah setelah bernikah tampil membuka mulut untuk bercakap mengenai isu perceraiannya itu.

Maklum Nur Azera, dia hanya reda dan meletakkan segala-galanya kepada Allah S.W.T mengenai nasib dirinya selepas perceraian bersama Danny.

Advertisement

Saya reda, satu hati nanti biarlah Allah yang membalasnya. Amin.

Azera menulis perkara itu di satu video mengandungi gambar perkahwinan dan juga nasihat daripada seorang pendakwah di TikTok.

Tulisnya lagi, dia memilih untuk bersabar dan berdiam diri selain menyerahkan kepada takdir untuk menentukan jalan hidupnya.

Sabar saya, diam saya itulah kunci kekuatan saya untuk menghadapi Allah. Biarlah takbur dengan fitnah orang sampaikan kepada saya.

Saya dia itu adalah kunci bagi saya, biar Allah sendiri yang aturkan. Cukup saya sujud minta pada Allah apa saja terjadi dalam hidup saya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan sokongan buat Nur Azera.

Ramai yang mendoakan semoga wanita itu terus istiqamah dan berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik.

Terdahulu, media melaporkan kisah perkahwinan Danny, seorang bekas mak nyah dengan Nur Azera yang merupakan seorang bekas pengkid.

Perkenalan kedua-duanya selama lima hari terus membawa mereka ke jinjang pelamin namun bercerai setelah dua minggu bernikah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bekas pengkid dan maknyah
9 months ago

Hanya Bertahan Dua Minggu, Jodoh Bekas Mak Nyah Nikahi Bekas Pengkid Berakhir- "Mak Call Tak Jawab Lagi"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...