Alami Masalah Tulang Belakang, Eyra Hazali Jalani Pembedahan Tanpa Suami Di Sisi

Hiburan

Alami Masalah Tulang Belakang, Eyra Hazali Jalani Pembedahan Tanpa Suami Di Sisi

Pelakon yang kini bergelar ibu, Eyra Hazali khabarnya telah selamat menjalani pembedahan melibatkan tulang belakang pada hari Isnin lalu di sebuah pusat perubatan terletak di Kuala Lumpur.

Meskipun tidak berkongsi dengan lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya, Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali,22, dia kini berada dalam keadaan sihat walafiat dan masih lagi mendapatkan rawatan lanjut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Eyra yang dihubungi media berkata bahawa dia kini masih di hospital dan belum pasti bila boleh dibenarkan pulang.

Dia yang sebelum ini ada memuat naik foto memakai baju hospital berserta kapsyen berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya.

Dalam pada itu, pelakon drama Mr. Grey itu turut memaklumkan bahawa dia terpaksa melakukan pembedahan tanpa suami kesayangan di sisi.

BACA: Tanda Terima Kasih Atas Pengorbanan, Eyra Hazali Hadiahkan Ibu Bapa Kereta X70

Difahamkan suami Eyra, Muhammad Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gol JDT kini berada di Thailand untuk perlawanan Asian Football Confederation (AFC).

View this post on Instagram

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

“Kebetulan pula suami berada di Thailand untuk perlawanan bola AFC. Ikutkan memang nak tunggu dia balik sini baru saya lakukan pembedahan. Tapi saya dah tak dapat menahan sakit ni. Itu yang teruskan saja pembedahan tanpa dia. Sementara saya di hospital dan suami di Thailand, Hayder (anak) dijaga oleh mak cik saudara dan tok wan dia..” jelas Eyra.

Mengakui ini kali pertama dia terpaksa berjauhan dengan anak dan suami, Eyra walau bagaimanapun bersyukur kerana masih ada keluarga di sisi untuk membantu dan meringankan beban.

Sekadar info, Eyra telah mendirikan rumah tangga dengan Haziq pada November 2019 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Hayder pada 14 Ogos tahun lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...