Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tanda Terima Kasih Atas Pengorbanan, Eyra Hazali Hadiahkan Ibu Bapa Kereta X70

Eyra Hazali

Pelakon yang agak lama menyepi dari dunia lakonan, Eyra Hazali menerusi sebuah hantaran di Instagramnya telah meluahkan rasa kesyukuran kerana berpeluang membalas jasa dan budi kedua ibu bapanya.

View this post on Instagram

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Advertisement

Difahamkan, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali,22, telah menghadiahkan kedua orang tuanya itu dengan sebuah kereta proton X70 yang baru.

Ujar Eyra, dia hanya ingin membalas budi dan sebagai tanda terima kasih dia atas segala pengorbanan ibu dan ayahnya selama dia hidup dan membesar sehingga ke hari ini.

View this post on Instagram

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

“Alhamdullilah syukur. Selalu tertanya-tanya bila agaknya dapat belikan mak dan ayah kereta yang lebih selesa. Siapa sangka rezeki melimpah ruah pada awal tahun. Selepas tunggu dari bulan Februari, tepat pada masanya alhamdullilah dapat serahkan sendiri dekat ibu bapa saya.”

Advertisement

Tambah pelakon drama Nur itu lagi, hadiah itu tidaklah seberapa jika hendak dibandingkan dengan jasa keduanya membesarkan dia serta adik beradiknya yang lain.

View this post on Instagram

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Dalam hantaran yang sama, Eyra yang merupakan isteri kepada penjaga gol kelab bola sepak, Johor Darul Ta’azim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli juga memberitahu bahawa suaminya itu turut membeli sebuah kereta baru untuk kegunaan iaitu Toyota Vellfire.

Terdahulu, Eyra dan Haziq telah berkahwin pada 1 November 2019 yang lalu dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish pada 14 Ogos 2020.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama