Pengarah dan youtuber terkenal, Syahmi Sazli berdepan detik cemas apabila isterinya terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Pulau Pinang selepas mengalami jangkitan kuman dalam air kencing.
Lebih membimbangkan, isterinya itu, Anissa Faizul kini sedang hamil anak kedua mereka.
Syahmi atau nama lengkapnya Muhd Syahmi Sazli berkata, isterinya sering muntah-muntah sejak beberapa hari lalu.
Sebenarnya isteri saya sedang hamil, dah masuk tiga bulan. Isteri temankan saya terlibat dalam penggambaran dekat Pulau Pinang.
Menurut Syahmi, doktor memaklumkan isterinya mengalami jangkitan air kencing dan perlu merujuk kepada doktor pakar.
Lepas masuk air dalam badan doktor kata keadaan dah kembali normal, cuma kehamilan kali ni alahannya teruk juga.
Syahmi akui risau dengan keadaan isterinya kerana dia sedang sibuk dengan penggambaran filem baharu.
Info tambahan, Syahmi mendirikan rumah tangga bersama Anissa Faizul pada 23 Febuari 2018 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Baca: “Hanya Buat Orang Kecil Hati..” Syahmi Sazli Tolak Budaya Suka ‘Flex’ Harta Kekayaan