“Alamak, Sejak Sejak Jadi Duda Ni” – Selamba ‘Catwalk’ Dengan Rokok Di KLFW2022, Noh Salleh Jadi Perhatian

Hiburan

“Alamak, Sejak Sejak Jadi Duda Ni” – Selamba ‘Catwalk’ Dengan Rokok Di KLFW2022, Noh Salleh Jadi Perhatian

Ramai selebriti hadir dan memberikan sokongan kepada pereka fesyen tempatan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) baru-baru ini di pusat membeli belah Pavilion.

Namun, penampilan vokalis Hujan, Noh Salleh yang tampil membuat ‘catwalk’ pada hari Sabtu lalu mengejutkan mata-mata yang melihatnya.

Advertisement

Ummi Nazeera KLFW
3 bulan lalu

(FOTO) "Macam International Dah!" - Hadir Ke KLFW22, Netizen Teruja Penampilan Ummi Nazeera Dan Abang

Difahamkan, penyanyi berusia 37 tahun itu mewakili satu jenama yang gah dan telah menggayakan persalinan serba hitam dan berkaca mata.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila dia berjalan santai sambil membawa sepuntung rokok tak dibakar yang dipegang sebelum diletakkan di mulutnya.

Penampilan Noh itu dipercayai membawa imej ‘bad boy’ namun segelintir dilihat memberikan reaksi kecewa mereka di ruangan komen.

Ada yang mempersoal tindakannya malah seorang netizen berpendapat Noh seolah-olah sedang ‘frust’ dengan kehidupannya sekarang selepas bercerai dengan Mizz Nina.

Noh macam frust je dengan hidup dia sekarang ni.”

Dalam pada itu, sesetengah netizen memuji penampilan tersebut dan menganggap ia ‘stylo’ serta memuji ketampanan bapa kepada Musa itu.

Segelintir dilihat suka dengan gayanya itu dan berkata Noh hanya menjadi dirinya sendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    August 22, 2022 at 3:35 pm

    fesyen macam taikk

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...