Jutaan takziah diucapkan kepada ahli keluarga Saleem Iklim atas berita ini. Saleem atau nama sebenarnya A.M. Salim Abdul Majeed telah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), jam 6.15 pagi tadi. Sebelum ini, Allahyarham telah terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyaksikan dirinya dimasukkan ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan akibat patah 12 tulang rusuk dan satu tulang tertusuk pada paru-paru.
Selaku salah seorang yang membesar dengan suara Allahyarham, pemergian Saleem Iklim ini amat mengejutkan dan juga menyedihkan. Berita ini telah pun disahkan oleh anak anak tirinya, Iera Fakhira. Antara lagu-lagu popular nyanyian Allahyarham ialah Suci Dalam Debu, Gerhana Cinta Luka, Bukan Aku Tak Cinta, Tinggal Kenangan dan Aduhai Seribu Kali Sayang.
Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Semoga keluarga Saleem Iklim tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah.

Anonymous
October 15, 2018 at 8:42 am
innalillahiwainn ailaihi rojiun.
siapa komen2 membawang, komennpolitik Pilihanraya Kecil PD, komen Rosmah Mansor bla bla bla, memang sangat la irresponsible. Lagi sakit mental.
Tak de kena mengena arwag Saleem meninggal dengan politik. Belajar adab sikit.
Zabrina
October 15, 2018 at 7:15 am
I was afraid about this before…akhirnya berlaku jua..
Dikaulah penyanyi kesayangan ku..Terima kasih Saleem sebab layan peminat baik2 bila concert.
# Aduhai ! Seribu kali sayang
# Al-Fatihah
Anonymous
October 15, 2018 at 1:31 am
Kehidupan mesti diteruskan…
Anonymous
October 14, 2018 at 11:15 pm
Innalillahiwainna ilaihiraji’un.
Satu kehilangan yg besar utk industri seni tanahair. Membesar dgn lagu2 arwah. Suka hampir kesemua lagu2 arwah sejak dari zaman sekolah menengah thn 1990 (suci dalam debu). Semoga rohnya dicucuri rahmat.
joe
October 14, 2018 at 10:22 pm
kaset pertama yg aku beli dlm hidup…bulan jatuh ke riba, beli dkt pertama complex…form 1