July 7th, 2017

Mengalami demam panas sejak minggu lalu, penyanyi popular Saleem Iklim kini sedang dirawat di Pusat Pakar UKM, Cheras. Agak sedih juga apabila berita palsu beliau sudah meninggal dunia bertebaran di media sosial dan group WhatsApp sedangkan keadaan beliau agak stabil. Menurut isterinya, Juriah @Juliah Bachok, doktor masih mencari punca sebenar penyakit suaminya itu. Ia berkemungkinan juga kerana jangkitan kuman dalam darah.

Buat masa sekarang keadaan abang Saleem adalah stabil. Cuma demam panasnya tidak menentu kerana ada turun naik. Saya minta kepada mereka yang menyebarkan cerita palsu kononnya dia meninggal agar berhenti membuat dosa dengan menyebarkan fitnah.

Mungkin beberapa hari lagi barulah kita dapat keputusan yang tepat. Tapi doktor mengatakan ia mungkin kerana jangkitan kuman dalam darah. InsyaAllah saya biarkan dia berehat di wad sehingga betul-betul sembuh sebelum kembali menyanyi.

Pada masa yang sama, Juliah turut meluahkan rasa kesalnya kerana ada pula pihak menuduh Saleem terlantar sakit kerana mengambil bahan terlarang. Juliah mahu segala spekulasi dihentikan dan memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan suaminya.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...