Jutaan takziah diucapkan kepada ahli keluarga Saleem Iklim atas berita ini. Saleem atau nama sebenarnya A.M. Salim Abdul Majeed telah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), jam 6.15 pagi tadi. Sebelum ini, Allahyarham telah terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyaksikan dirinya dimasukkan ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan akibat patah 12 tulang rusuk dan satu tulang tertusuk pada paru-paru.
Selaku salah seorang yang membesar dengan suara Allahyarham, pemergian Saleem Iklim ini amat mengejutkan dan juga menyedihkan. Berita ini telah pun disahkan oleh anak anak tirinya, Iera Fakhira. Antara lagu-lagu popular nyanyian Allahyarham ialah Suci Dalam Debu, Gerhana Cinta Luka, Bukan Aku Tak Cinta, Tinggal Kenangan dan Aduhai Seribu Kali Sayang.
Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Semoga keluarga Saleem Iklim tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah.