(AL-FATIHAH) Seniwati Mariani Meninggal Dunia

Hiburan

(AL-FATIHAH) Seniwati Mariani Meninggal Dunia

Minggu ini dunia hiburan Malaysia dikejutkan dengan beberapa berita yang agak menyedihkan, bermula dengan berita Pak Yus meninggal  sehinggalah berita tentang Datuk Siti Nurhaliza yang keguguran.

Hari ini kita menerima satu lagi berita dimana Seniwati Mariani Ismail telah pergi meninggalkan kita semua sekitar jam 7.32 malam tadi.

Advertisement

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh anak beliau Melissa Saila menerusi akaun Instagram miliknya. Buat masa in Melissa memberitahu jenazah ibunya kini berada di rumah beliau di Taman Kosmo Jaya, Sentul, Kuala Lumpur.

Bismillahirohmanirahim..Ibu saya Mariam @Mariani Bt. Ismail baru menghembuskan nafas terakhir beliau pada 7.32 mlm..Jenazah di 12A,Lorong Sentul Jaya 3,Taman Kosmo Jaya..Sentul.rancangan pengkebumian akn diberitahu..

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Mariani Bt Ismail. Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatiha buat beliau dan semoga  rohnya dicucuri rahmat.

Kemaskini : Jenazah dijadualkan akan disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul dekat sini pada Rabu dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang kira-kira pukul 11 pagi.

Sumber Berita: Instagram Melissa Saila

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...