Minggu ini dunia hiburan Malaysia dikejutkan dengan beberapa berita yang agak menyedihkan, bermula dengan berita Pak Yus meninggal sehinggalah berita tentang Datuk Siti Nurhaliza yang keguguran.
Hari ini kita menerima satu lagi berita dimana Seniwati Mariani Ismail telah pergi meninggalkan kita semua sekitar jam 7.32 malam tadi.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh anak beliau Melissa Saila menerusi akaun Instagram miliknya. Buat masa in Melissa memberitahu jenazah ibunya kini berada di rumah beliau di Taman Kosmo Jaya, Sentul, Kuala Lumpur.
Bismillahirohmanirahim..Ibu saya Mariam @Mariani Bt. Ismail baru menghembuskan nafas terakhir beliau pada 7.32 mlm..Jenazah di 12A,Lorong Sentul Jaya 3,Taman Kosmo Jaya..Sentul.rancangan pengkebumian akn diberitahu..
Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Mariani Bt Ismail. Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatiha buat beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat.
Kemaskini :Â Jenazah dijadualkan akan disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul dekat sini pada Rabu dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang kira-kira pukul 11 pagi.