“Aku Tak Pernah Letak Noktah Dalam Lakonan..” – Mula Berniaga Sejak PKP, Sharisa Haris Nafi Umum Berhenti Berlakon

Hiburan

“Aku Tak Pernah Letak Noktah Dalam Lakonan..” – Mula Berniaga Sejak PKP, Sharisa Haris Nafi Umum Berhenti Berlakon

Baru-baru ini, tular di media sosial aktres yang pernah dicalonkan Top 5 di Anugerah Skrin 2014, Sharisa Haris kini harus mencari sumber pendapatan melalui berniaga dan kerja-kerja lain selepas tidak lagi aktif sebagai anak seni.

Tidak pernah umum berhenti berlakon

Ekoran itu, orang ramai mula membanjiri komen di akaun media sosial pelakon ini bertanya mengapa dia berhenti berkarya sebagai pelakon. Menjawab persoalan tersebut, Sharisa menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah berhenti berlakon seperti yang dikhabarkan netizen.

Advertisement

Aku tak pernah letak noktah dalam lakonan. Aku tak pernah cakap aku dah berhenti berlakon, tak pernah umumkan pun sebab untuk berhenti berlakon.

 

Ia berlaku sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kali terakhir berlakon

Dalam masa yang sama, aktres ini sempat mengucapkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada pengarah Shahrulezad Mohameddin yang telah memberikan kepercayaan padanya sebagai seorang pelakon.

2019 kali terakhir penggambaran dengan abang Ijat. Dia macam abang, bagi banyak peluang dan percaya dekat aku yang mana orang lain tak pandang pun. Dia percaya dengan bakat aku dan cuba untuk asah bakat aku juga. Bersyukur sangat.

 

Kalau abang nampak ini, saya sangat bersyukur dan berterima kasih di atas peluang yang abang bagi.

@sharisaharis Thank you for everything abang @budakijat & @Radius One ♬ Masa Laluku – Kangen Band

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelakon sate
2 weeks ago

(VIDEO) Dulu Top 5 Anugerah Skrin, Pelakon Wanita Kini Berniaga Sate Demi Sesuap Rezeki - "Jangan Curiga Dengan Rezeki"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...