Tular rakaman video baru-baru ini di mana usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV yang dikatakan menuduh penyanyi popular, Anuar Zain songsang.
Video itu tular selepas dimuat naik satu akaun TikTok dan ramai mengkritik dan kecam tindakannya kerana mengeluarkan perkataan sebegitu. Bukan itu saja, Ziana Zain turut menyelar dan menyifatkan DSV biadap kerana berkata sebegitu.
Namun begitu, usahawan tersebut sekali lagi tampil menjelaskan hal sebenar dengan mengatakan dia tidak menyebut perkataan mendakwa Anuar Zain jalin hubungan songsang tetapi menyebut perkata ‘okey’ selepas diminta oleh netizen untuk mengorat penyanyi tersebut.
Bukan hanya itu saja, beliau juga meminta agar orang ramai untuk tidak sesuka hati menuduh perkara sebegitu kepada dirinya kerana tidak mungkin beliau menghina seperti itu di media sosial.
Susulan video penjelasan itu telah tular, terbaharu, DSV secara terbuka memohon maaf kepada Anuar Zain dan Ziana Zain atas kekhilafan serta salah faham yang berlaku ini.
Tambahnya lagi, beliau sama sekali tidak berniat untuk membuat dakwaan seperti itu dan juga mengakui dirinya adalah peminat Anuar Zain, malah usahawan itu ingin berjumpa dengan penyanyi tersohor tersebut kerana mempunyai ‘hajat’.
View this post on Instagram