Setelah menggambarkan dirinya terpaksa menanggung perasaan sedih yang mendalam, peminat mula meluahkan rasa bimbang melihat keadaan penyanyi, Haqiem Rusli.
Di dalam hantaran yang dimuat naik oleh Haqiem di platform TikToknya itu, terdapat lirik lagu ciptaan penyanyi tersebut yang berjudul Aku Hati dan Perasaan sambil meletakkan emoji sedih di ruangan kapsyen.
Difahamkan, keadaan Haqiem ketika ini ada kaitan dengan kecaman yang diterima daripada netizen susulan tindakan isteri, Anis Sofea membuka tudung, baru-baru ini.
Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli teruk dihentam netizen serta disifatkan sebagai suami yang tida tegas dan gagal mendidik isteri menjadi muslimah lebih baik.
Selain itu, di Instagram Story pula, penyanyi tersebut membuat status bahawa dirinya sudah cuba sedaya upaya untuk harungi segala ujian yang sedang berlaku ketika ini.
Sedar artis kesayangan mereka dikritik, peminat meminta agar Haqiem berhenti dari menggunakan media sosial sementara menunggu keadaan jadi lebih reda.
Sekadar info, pada 22 April lalu, Anis Sofea telah memadam semua foto di Instagramnya dan memuat naik foto tanpa bertudung serta hanya memakai selendang pada 1 Syawal.