“Aku Pun Ada Suami Lah!” – Gadis Menyampah Dengan Isteri Cepat ‘Insecure’, Tak Ada Niat Nak Rampas

Kehidupan

“Aku Pun Ada Suami Lah!” – Gadis Menyampah Dengan Isteri Cepat ‘Insecure’, Tak Ada Niat Nak Rampas

Sememangnya perasaan cemburu dalam diri seseorang merupakan sifat normal untuk manusia tetapi lihat pada situasi juga kerana ada yang kata cemburu itu tanda sayang, namun ada juga yang tidak dapat mengawalnya sehingga membinasakan diri serta orang sekeliling.

Sifat cemburu ini sering kali kita dengar dikaitkan dengan kaum wanita terutamanya golongan yang sudah mempunyai pasangan, sama ada suami mahupun teman lelaki.

Advertisement

Baru-baru ini, ada seorang wanita membuat satu perkongsian di Facebook, dia memberitahu dirinya hanya sekadar melayan perbualan seorang lelaki akan tetapi disalah anggap oleh isteri kepada lelaki terbabit.

wanita cemburu

 

Menurutnya, dia hanya berborak dengan lelaki itu kerana secara tiba-tiba lelaki itu menceritakan anaknya sudah dua minggu batuk berkahak dan masih belum sembuh.

Advertisement

Namun, tidak lama kemudian, isteri kepada lelaki berkenaan menghampiri mereka dan bertanya siapakah wanita ini serta mengajak suaminya beranjak ke tempat lain.

Menjengkelkanlah perempuan yang insecure kalau laki dia bercakap dengan perempuan lain. Cemburu tu simpan sikit.

Apa yang membuatkan wanita itu berasa berang apabila si isteri tanpa bertanya hal sebenar, terus membuat ‘muka’ kepadanya seolah-olah merasakan wanita ini mahu merampas suaminya.

Difahamkan melalui laporan B.Cari, wanita yang membuat perkongsian cerita ini sudah mendirikan rumah tangga dan kedudukan antara dia bersama lelaki terbabit ketika itu mempunyai jarak yang jauh.

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang telah ditinggalkan oleh warganet terutamanya dikalangan isteri, dimana ada yang memihak kepada wanita ini dan ada juga merasakan wanita ini salah.

komen FacebookSumber : Facebook  

11 bulan lalu

Isteri Ditikam Suami Sebab Cemburu Isteri Ada 'Orang Lain'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : B.Cari

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...