Isteri Ditikam Suami Sebab Cemburu Isteri Ada ‘Orang Lain’

Trending

Isteri Ditikam Suami Sebab Cemburu Isteri Ada ‘Orang Lain’

Seorang lelaki warga Indonesia sanggup menikam isterinya dalam satu kejadian yang berlaku di kediaman mereka di Sungai Ramal, Kajang, Ahad lalu. Kejamnya!

Memetik laporan Harian Metro, suspek yang juga merupakan seorang warga Indonesia mendakwa isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain sebelum bertindak menikam mangsa menggunakan senjata tajam sebanyak empat kali.

Advertisement

Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan selaku Ketua Polis Kajang berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas menerima panggilan Mers 999 daripada orang awam.

“Mangsa dimasukkan ke Zon Kritikal lalu dipindah ke wad di Hospital Kajang.”

“Mangsa mengalami kecederaan parah akibat ditikam dan doktor mendapati terdapat empat kesan tikaman di bahagian dada, masing-masing dua kesan tikaman di tangan kiri dan kaki kanan, satu tikaman di kaki kiri dan satu tikaman di bawah dagu.”

Difahamkan, punca kejadian disebabkan suspek cemburu dengan mangsa dipercayai mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Kini, polis sedang mengesan suspek dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana balai polis.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...