‘Aku Nak Buat Apa Lagi?’ – Azhan Rani Kecewa Tiada Maklum Balas Tentang Vaksin COVID-19

Hiburan

‘Aku Nak Buat Apa Lagi?’ – Azhan Rani Kecewa Tiada Maklum Balas Tentang Vaksin COVID-19

Baru-baru ini heboh berkenaan dengan pendaftaran vaksin dimana ramai yang tidak dapat mendaftar vaksin COVID-19 atas masalah tertentu dan pelakon Azhan Rani turut berasa kecewa kerana sehingga kini dia masih tidak dapat makluman lanjut mengenai vaksinnya itu.

Artis Wanita
3 years ago

"Dah Macam Hunger Games!" Tak Dapat Daftar, Artis Wanita Ini Luah Perasaan Kecewa Dengan Sistem Web Daftar Vaksin

Advertisement

Azhan memuat naik sebuah hantaran di laman Instagramnya memberitahu dia telah mencuba pelbagai cara yang telah disarankan oleh netizen, termasuk mengemas kini data peribadinya di dalam aplikasi tersebut namun maklum balas masih juga tidak diterima olehnya.

azhan raniSumber : Instagram Azhan Rani  

Melalui hantaran tangkap layar di Instagram pelakon tersebut, Azhan meluahkan perasaan kecewanya kerana masih tidak dapat sebarang maklumat,

Masih ada lagi yang kata aku tak daftar vaksin dengan betul. Apa lagi? Macam orang suruh buat. Macam-macam orang suruh ‘install uninstall’ aplikasi MySejahtrera.

Kemaskini maklumat, alamat dan nombor kad pengenalan. Masih lagi tak bergerak (tiada perubahan). Aku nak buat apa lagi?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Melalui hantaran yang menunjukkan tangkap layar paparan MySejahtera pelakon tersebut, dia berkata dia telah mengikut satu persatu apa yang disarankan dari mengemaskini maklumat peribadi pendaftaran dan alamat kediaman kecuali maklumat tentang kehamilan saja yang tidak dibuat olehnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...