Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Dah Macam Hunger Games!” Tak Dapat Daftar, Artis Wanita Ini Luah Perasaan Kecewa Dengan Sistem Web Daftar Vaksin

Artis Wanita

Pendaftaran vaksin AstraZeneca fasa kedua yang telah berlangsung semalam ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya gagal untuk mendaftar kerana kelemahan teknikal laman web yang dibuat khas untuk pendaftaran tersebut.

Bukan sahaja netizen, malah selebriti tempatan turut menzahirkan rasa bengang dan kecewa kerana gagal untuk mendapat tempat dalam program vaksinasi tersebut.

Advertisement

Manakan tidaknya, ramai yang memaklumkan bahawa mereka tersekat di butang daftar dan pemilihan negeri laman web tersebut lantas membuatkan orang ramai berputus asa dan merasakan tiada harapan untuk mendaftar.

Ketika meninjau ruangan Instagram selebriti tempatan, pelakon Sweet Qismina ada meluahkan rasa tidak puas hati dengan capaian laman web pendaftaran vaksin yang sentiasa berdepan dengan masalah untuk menekan butang pemilihan negeri.

Manakala penyanyi Daiyan Trisha juga berasa kecewa kerana terpaksa melihat rakyat yang berebut-rebut untuk mendapatkan slot suntikan vaksin.

Advertisement
Daiyan Trisha IGSumber : Instagram Daiyan Trisha  

“Sedih dan kecewa. Kenapa sampai macam ni rakyat nak kena berebut vaksin? Bermacam-macam jenis penindasan nak kena hadap. Lepas satu, tambah lagi satu. Sampai bila? Sejauh mana? Saya hilang kata-kata dan sudah tidak boleh memikirkannya lagi..” ujar Daiyan.

Pelakon Tentang Bulan, Fatin Afeefa juga hairan dengan semua orang yang terpaksa berebut hanya kerana mahu dilindungi daripada penyakit.

Fatin Afeefa IGSumber : Instagram Fatin Afeefa  

“Laman web dengan kos RM70 juta. Tak faham kenapa sampai perlu berebut? Ini bukan Hunger Games. Saya sedang berjuang untuk kesihatan saya. Apa yang saya perlukan cuma vaksin. Jika kena bayar, tidak mengapa.”

Bagi penyanyi lagu Ku Seru, Misha Omar juga turut memaklumkan bahawa dia gagal untuk mendaftar kerana masalah teknikal yang dialami semalam.

Meskipun sudah mencubanya berulang kali, namun Misha dan suami masih gagal utntuk mendapatkan slot vaksinasi malah turut merasakan seperti dipermainkan perasaan kerana dimaklumkan tarikh sudah penuh meskipun butang pilihan berwarna hijau yang bermaksud masih ada slot untuk ditempah.

View this post on Instagram

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Dia dalam pada itu sempat memberi nasihat kepada masyarakat agar terus menjaga diri sendiri dan orang sekeliling dalam menghadapi cabaran dengan wabak membunuh ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    May 27, 2021 at 7:23 pm

    Dh berjuta masuk duk tuju ke situ..mmg lah hang.. Rasanya baik open ikut negeri dgn tarikh2 yg berbeza..maybe kurang la skit sesak..

  2. Dida

    May 27, 2021 at 1:56 pm

    Samalah. .berejam rejam klik benda tu je. .x jadi apapn. ..hapalahhhh. ….

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top