Baru-baru ini, seorang perawat Islam ada berkongsikan video di laman TikToknya mengenai masalah yang dihadapi oleh seorang gadis remaja.
Difahamkan, ibu gadis tersebut sempat berkongsikan di laman media sosialnya keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya didapati oleh anak.
Tanpa disangka, tindakannya itu telah mendatangkan rasa tidak puas hati oleh penjaga lain, dimana anaknya cuma mendapat 2A untuk keputusan SPM.
Susulan rasa berasa dengki, individu berkenaan telah melakukan perbuatan sihir kepada pelajar cemerlang terbabit hingga berlakunya histeria serta ingatannya terjejas teruk.
Difahamkan, gadis yang dulunya merupakan pelajar cemerlang, kini seakan-akan berubah menjadi dungu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kesian melihat gadis tersebut terpaksa lalui perkara perit di usia muda dan dalam pada itu, ada juga menasihati agar tidak berkongsikan kebahagiaan kepada umum kerana tidak tahu hati seseorang.