Selalu kita dengar pasangan bercerai kerana sudah tidak sehaluan ataupun rumah tangga yang dibina tidak bahagia, namun kali ini kisah seorang wanita ini lain pula ceritanya.
Menurut perkongsiaan seorang individu di TikTok, dia memberitahu perkahwinan yang dibina bersama suami tercinta sememangnya sangat bahagia, ditambah pula mendapat suami baik tetapi semuanya musnah setelah 9 tahun bersama.
Punca mereka berpisah disebabkan hasad dengki orang luar melihat perkahwinan mereka yang dipenuhi dengan bahagia dengan menghantar sihir pemisah.
Orang lain bercerai sebab tak bahagia tapi aku, terlampau bahagia.
Wanita terbabit turut mendakwa badanya sering sakit akibat sihir tersebut biarpun pelbagai usaha telah dicuba hinggakan dirinya pilih untuk mengundur diri dengan membuat keputusan bercerai.
Apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata bersimpati atas perkara yang telah berlaku terhadap pasangan tersebut serta menitipkan kata-kata semangat agar diberi kekuatan untuk hadapi ujian ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.