“Aku Buntu” – Enggan Duduk Serumah Dengan Mentua, Lelaki Runsing Pilih Jaga Ibu Sakit Atau Bakal Isteri

Kehidupan

“Aku Buntu” – Enggan Duduk Serumah Dengan Mentua, Lelaki Runsing Pilih Jaga Ibu Sakit Atau Bakal Isteri

Satu perkongsian di media sosial Twitter baru-baru ini mengundang pelbagai respon daripada netizen berikutan seorang individu ini telah berkongsi dilema sama ada untuk memilih bakal isteri ataupun ibunya yang sedang sakit.

Kata individu itu, dia bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan namun bakal isterinya itu enggan tinggal bersama-sama ibunya kelak.

Advertisement

Yang membuatkan lelaki itu bertambah rungsing adalah apabila ibunya tidak sihat dan baru sahaja kematian suami.

Malah, statusnya sebagai abang dan anak sulung juga menjadikan dia rasa lebih bertanggungjawab untuk menguruskan ibunya selain adik-adiknya kini menetap agak jauh.

Disebabkan oleh itu, individu itu berasa buntu sama ada untuk menurut sahaja permintaan bakal isteri ataupun ingin terus menjaga ibunya di rumah.

Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil memberikan respon dan pendapat yang pelbagai serta cadangan kepada lelaki itu bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Komen TwitterSumber : Twitter  

Ada yang merasakan sukar untuk bakal isteri duduk serumah dengan mentua kerana cara didikan dan dibesarkan yang berbeza.

Dalam pada itu, ada juga yang beranggapan adalah lebih baik lelaki itu berbakti kepada ibunya dahulu sementara masih hidup jika tidak ingin berbalah di kemudian hari.

“Cari rumah sewa dekat-dekat dengan rumah mak kau. Jangan duduk sekali dengan mak kau walaupun tanggungjawab kau dengan mak kau besar mana sekalipun. Tu tanggungjawab kau bukan dia, kenapa nak bebankan dia.” saran seorang netizen.

ridzuan
2 years ago

"Dalam Akaun Ada RM30 Je" - 2 Bulan 'Company' Tak Bayar Gaji, Bila Tanya Terus Dipecat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...