Semalam, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita mengenai seorang lelaki berusia 20 tahun yang tergamak membunuh, menoreh perut, dan membakar teman wanitanya dengan kejam di sebuah ladang kelapa sawit.
Difahamkan, lelaki berkenaan bertindak sedemikian selepas teman wanita yang berusia 21 tahun itu enggan merahsiakan kandungan berusia 4 bulan daripada keluarga.
Terkini, majikan kepada mangsa turut meluahkan rasa kesal dengan pemergian wanita terbabit yang merupakan anak yatim piatu.
Abang suruh kau rehat sehari je dik.. tapi kau rehat selamanya.. kau tinggalkan seribu satu kenangan, pengalaman.. Takpela adik abang.. kau rehat la.. abang tahu kau lelah menghadapi semua ni..
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, majikan kepada mangsa berjanji untuk memastikan nasib pekerjanya itu akan terbela dan akan membantu siasatan polis.
Abang janji.. abang akan pastikan pemergian kau terbela.. abang selalu panggil kau arissa nur anisah.. kau cukup suka kalau abang panggil macamtu.. rehat la dik.. abang redha dengan suma ni.. kau bagi abang satu pengajaran yang berharga dik..
@arms_eirham Abang suruh ko rehat sehari je dik..tapi ko rehat selamanya..ko tggl kn seribu satu kenangan, pengalaman..xpela adik abg..ko rehat la..abg tau ko lelah menghadapi semua ni..abg janji..abg akan pastikan pemergian ko terbela..abg selalu pggl ko arissa nur anisah..ko cukup suka klau abg pggl cmtu..rehat la dik..abg redha dgn sume ni..ko bg abg satu pengajaran yg berharga dik.. Al-fatihah(dibaca) #maikopitiamsayanganisah
Bukan itu sahaja, majikannya turut menyifatkan mangsa sebagai seorang pekerja yang sangat peramah dan manja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.