“Aku Ada Produk & Kaya, Kau Ada Apa?” – Dah Jangka Tersingkir, Ifa Raziah Berterima Kasih ‘Haters’ Naikkan Nama

Hiburan

“Aku Ada Produk & Kaya, Kau Ada Apa?” – Dah Jangka Tersingkir, Ifa Raziah Berterima Kasih ‘Haters’ Naikkan Nama

Tidak mampu bertahan lama serta sering dikritik apabila membuat persembahan, penyanyi Ifa Raziah akhirnya tersingkir selepas empat minggu bertanding di atas pentas Terpaling Juara.

Mengakui kekalahan, Ifa beranggapan pada minggu tersebut bukanlah rezekinya dan kalah menang itu merupakan adat pertandingan yang tidak dapat dielak.

Advertisement

Malah, dalam perkongsiaan video di Instagram, penyanyi berkenaan sudah menjangkakan bahawa dia adalah peserta yang akan tersingkir pada minggu itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

Dalam pada itu, Ifa turut sempat berkata tidak kisah dikritik semasa berada dalam program terbabit dan merasakan kecaman yang diterima merupakan marketing untuk dirinya terus berbangkit dalam industri hiburan ini.

Aku semakin dikenali, diperkatakan dan dipertikaikan. Yang ketawakan aku pun, macam itu juga hidup kau. Aku ada produk sendiri dan kaya juga.

komen netizen

komen netizen

Apabila menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur kerana penyanyi tersebut telah tersingkir dan dalam pada masa yang sama, ada juga menyifatkan Ifa bersikap angkuh serta cakap besar walaupun sudah tersingkir.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

shuib dan watie
3 bulan lalu

"Dah Perasan Lama Sebenarnya" - Netizen Dakwa Warna Baju Sedondon Shuib & 'Watie' Ada Makna?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    September 14, 2022 at 7:51 am

    Apabila sikap [email protected] + hasad mengkomen di sosial media….

  2. hakak

    September 12, 2022 at 3:18 pm

    riaknya dia ni.. mogs Allah tarik balik segala nikmat yg dia ada sekarang ni, biar dia sedar diri sikit..

    • Anonymous

      September 12, 2022 at 5:02 pm

      Hahahahaha………hakak jgn layan apa yg dia cakap tu. Dia sengaja cakap camtu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...