Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja tular tentang satu akaun di TikTok yang dicipta semata-mata hanya untuk mendedahkan perbuatan seorang pelakon lelaki.
Akaun itu dipercayai dimiliki oleh seorang wanita dan menerusi video-video yang dimuat naik, dia mendakwa telah terlanjur dan kini sedang hamil anak aktor berkenaan.
Dakwaan itu dibuat terhadap Aniq Suhair malah akaun TikTok tersebut turut memuat naik foto pelakon terbabit serta video yang dikatakan akan dijadikan bukti.
Difahamkan, wanita itu bertindak mendedahkan sisi gelap aktor tersebut kerana empunya badan didakwa enggan bertanggungjawab dengan anak yang dikandung.
Warganet terkejut dengan pendedahan tersebut malah walaupun baru sehari akaun dicipta video dimuat naik semua meraih ribuan tontonan di laman sosial itu.
Dalam pada itu, ramai yang turut menggesa agar individu di sebalik akaun tersebut menampilkan bukti sahih terhadap dakwaan yang dibuatnya.
Malah, sesetengah daripada mereka berpendapat lelaki yang dirakam di dalam video yang dijadikan bukti itu tidak seperti Aniq Suhair.
Engkau ni nak bercerita biar lah full story. Mana video kau dengan dia? Bagi bukti biar terang-terang.
Segelintir individu berkata seeloknya dia terus membuat laporan polis dan selesaikan isu ini daripada biar ia berpanjangan dengan menularkan sebegini.
Wallahualam….