Wanita Dakwa Dihamilkan Artis Lelaki Akui Takut Nak Dedah Identiti – “Saya Nak Sangat Expose Tapi..”

Trending

Wanita Dakwa Dihamilkan Artis Lelaki Akui Takut Nak Dedah Identiti – “Saya Nak Sangat Expose Tapi..”

Terdahulu, seorang wanita yang mendakwa seorang artis lelaki Malaysia telah membuatkan dirinya hamil telah mengakui dakwaan tersebut sebenarnya tidak benar.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut meminta maaf kepada orang ramai dan memaklumkan dia akan memadam akaun tersebut.

Advertisement

Namun, baru-baru ini, wanita berkenaan kembali membuat hantaran dengan mengakui dia sebenarnya takut untuk mendedahkan identiti artis tersebut.

Saya nak sangat dedah siapa lelaki itu, tapi saya takut”

tiktok

Sebelum ini, nama penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani telah dipetik oleh netizen namun ibu kepada penyanyi itu, iaitu Datin Suliza Salam telah menafikan dakwaan tersebut dan mempertahankan anaknya.

Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul.

Dalam pada itu, syarikat pengurusannya, World Peace Entertainment berkata mereka memandang serius perkara itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terus mengaitkan nama Ismail dengan hantaran itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

11 months ago

"Bukan Ismail Izzani" - Wanita Mengaku Dakwaan Dihamilkan Artis Lelaki Malaysia Tidak Benar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...