Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan yang kerajaan mungkin memberi kelonggaran kepada individu yang dah lengkap dua dos vaksinasi untuk merentas negeri.
Menurut laporan Harian Metro, Zainal juga beranggapan yang kerajaan juga patut mempertimbangkan kelonggaran aktiviti pelancongan buat individu yang lengkap vaksinasi dengan SOP yang telah ditetapkan.
“Kalau nak rentas negeri kerana mahu pulang ke kampung untuk menziarahi orang tua bolehlah, tapi pastikan orang tua kita juga sudah divaksinasi.”
“Ini kerana risiko untuk dia menjangkiti ahli keluarga yang belum divaksin itu masih ada. Sekarang ini liputan imunisasi sudah tinggi jadi tiada sebab lagi untuk seseorang itu tidak mendapat vaksin.”
Walaubagaimanapun, kita tunggu sehingga ianya diumumkan sendiri oleh kerajaan. Semoga kita semua dijauhkan dari wabak ini.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara