Kelonggaran Rentas Negeri Akan Diumum Dalam Masa Terdekat?

COVID-19

Kelonggaran Rentas Negeri Akan Diumum Dalam Masa Terdekat?

‘Bila kita boleh rentas negeri?’. Itu persoalan yang sering bermain di fikiran. Untuk pengetahuan, akan ada kelonggaran termasuk rentas negeri dibenarkan dalam tempoh terdekat.

Menurut laporan Harian Metro, perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bersandarkan fakta sains dan petunjuk semasa berhubung kelonggaran operasi standard prosedur.

Advertisement

rentas negeri
Bukan itu saja, KJ juga mengatakan bahawa kerajaan tekad meningkatkan kadar vaksin bagi negeri-negeri yang masih dibawah 60 peratus seperti di Sabah, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Kedah.

“Saya sudah bincang perkara ini (pergerakan rentas negeri dan kelonggaran tertentu) dengan DG (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) dan kita sudah putuskan beberapa siri cadangan.”

Perkara ini akan dibentangkan dalam sidang Majlis Keselamatan Negara dalam masa terdekat dan perlu mengambil masa untuk dibincangkan disebabkan pembukaan sempadan negeri bakal mengundang berisiko.

Apa pandangan korang? Apapun, kita tunggu sehingga perkara ini disahkan sendiri oleh kerajaan nanti.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...