Cerita tentang kanak-kanak atau budak kecil ini tidak pernah lekang diperkatakan di media sosial. Ada sahaja aksi pelik-pelik dan lucu yang mereka buat sehingga ada yang viral sampai ke luar negara.
Tidak dinafikan, budak kecil sememangnya mempunyai telatah dan gelagat yang mampu menghiburkan ramai orang. Walaupun kadangkala mood swing mereka sampai, tetapi kebanyakan waktu yang lain pastinya dipenuhi dengan telatah lucu dan menghiburkan.
Boleh dikatakan, keluarga yang mempunyai kanak-kanak atau budak kecil di rumah mesti banyak kali merasai suasana rumah yang lebih kecoh dan meriah.
Ya lah mana tidaknya, mereka sedang berada dalam fasa baru hendak mengenal dunia dan suka mencuba perkara baru.
Budak kecil sanggup keluar rumah ikut grill pintu, alasan hendak ambil kucing
Baru-baru ini tular di TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna media sosial tersebut yang memaparkan aksi seorang budak kecil yang berada di luar rumah walaupun ibunya sudah mengunci grill pintu rumahnya.
Dalam perkongsian video tersebut, si ibu menerangkan yang dia sudah mengunci grill pintu atas dasar keselamatan dan supaya anaknya tidak dapat keluar rumah.
Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila budak kecil tersebut berjaya untuk keluar rumah juga walaupun grill pintu tersebut sudah dikunci. Dia memberi alasan mahu mengambil kucingnya di luar ketika ditanya oleh si ibu.
Ibunya bertanya lagi tentang bagaimana dia boleh keluar rumah sedangkan grill pintu sudah dikunci dan aksinya cuba memasuki rumah kembali melalui lubang grill pintu tersebut membuatkan ramai penonton video itu terhibur.
“Jangan salahkan dia, salahkan kucing yang buat tutorial keluar macam tu”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.9 juta tontonan, 108.7 ribu tanda like dan 4 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat budak kecil tersebut.
Ramai juga yang berseloroh mengatakan yang budak kecil tersebut tahu untuk keluar dengan cara sedemikian kerana sudah belajar daripada kucingnya.
Tidak kurang juga yang meluahkan rasa risau jika budak kecil tersebut tersekat di grill pintu itu apabila dia kerap melakukan sebegitu dan menasihatkan supaya ibunya menukar grill pintu baru yang lebih selamat.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara