Selepas satu isu timbul lagi kontroversi terbaru mengenai perkahwinan Nora Danish. Bukan sahaja baju akad nikahnya dikritik, kali ini adegan cium mulut Nora dan Nedim Nazri kecoh dan viral di media sosial.
Tindakan pasangan itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen kerana aksi luahan cinta dan kasih sayang Nora dan Nedim dilakukan secara terbuka dan disaksikan oleh dua orang anak mereka.
Ada yang menyifatkan Nora tidak menghormati bukan sahaja majlis pernikahan tersebut tetapi sensitiviti sebagai seorang Muslim.
Apa- apa pun, kami mendoakan agar perkahwinan mereka akan sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan dan berkekalan seperti yang mereka harapkan.