July 23rd, 2015

Kisah cinta Akim dan Stacy sudah pun diketahui satu Malaysia. Mereka berdua masing-masing mengaku sedang mabuk dalam percintaan. Kebanyakan peminat hanya menunggu masa untuk kedua-duanya disatukan sebagai pasangan suami isteri. Ramai yang sudah tidak sabar melihat ke’sweet’an pasangan ini, lebih-lebih lagi selepas Stacy turut sama berhari raya bersama keluarga Akim di Johor. Siap pakai baju sedondon lagi. Comel sangat-sangat!!!

stacy dan akim berhari raya

Kalau tak tahu mereka belum berkahwin, pasti Abang Nara dah anggap yang mereka ini adalah suami isteri dengan 2 orang anak. Cute sangat semua pakai baju hijau. Insya Allah satu hari nanti mereka akan disatukan jua. Baju hijau ini telah dijahit oleh ibu Akim khas buat Stacy dan anak angkatnya, Bella. Malah Stacy turut membawa kaum keluarganya bersama untuk berhari raya di rumah Akim. Kata Stacy:-

ebenarnya, ini kali ketiga saya diundang beraya di Johor bersama keluarga Akim. Menjadikan lebih istimewa, ibu Akim menjahit baju berwarna hijau untuk saya dan Bella pakai pada hari pertama Syawal lalu.

Selain beraya di rumah Akim, saya juga mempunyai ibu saudara yang menetap di Johor Bharu. Jadi alang-alang berada di Johor, saya sekeluarga turut berkunjung ke rumah ibu saudara saya.

Bagi saya perkara ini terlalu peribadi (bawa keluarga bersama) untuk diulas lebih lanjut. Usahlah diperbesarkan isu sejauh mana keterbukaan keluarga saya berhubung isu ini.

Sejujurnya Akim rapat dengan saya, jadi saya seronok menyambut hari raya kerana saya sendiri sememangnya tidak menyambut raya. Kemeriahan itu begitu dirasai apabila sanak saudara berkunjung menziarahi satu sama lain.

stacy dan akim berhari raya

Tak apalah. Yang penting sekarang hubungan Stacy dan ahli keluarga Akim memang jelas mesra dan rapat. Itu pun dah kira satu bonus dan persediaan sebelum kedua-duanya mendirikan rumahtangga. Nanti dah kahwin tak adalah rasa kekok sangat. Kita doakanlah agar kedua-duanya dipercepatkan jodoh. Tak sabar nak tengok Stacy dan Akim sebagai suami isteri. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Tak gitu? Sumber Berita Harian.

P.S: Abam sado bomba di China jadi perhatian


Comments are closed.

Loading...