Akim Ahmad & Stacy Tak Harap Tajaan Untuk Majlis Perkahwinan

Hiburan

Akim Ahmad & Stacy Tak Harap Tajaan Untuk Majlis Perkahwinan

Tajaan untuk perkahwinan bagi selebriti bukanlah satu perkara luar biasa. Kebanyakan pasangan selebriti yang ingin mendirikan rumah tangga sememangnya menerima tajaan untuk mengurangkan kos dan juga memeriahkan lagi majlis. Namun kadangkala tidak semua tajaan mampu memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Biasalah bila dah kena taja, ada pantang larang dan syarat-syarat yang harus dipatuhi.

akim dan stacy

Advertisement

Bakal berkahwin awal tahun depan, Akim Ahmad dan Stacy memaklumkan yang mereka tidak mengharapkan tajaan. Namun itu tidak bermaksud mereka menolak tajaan 100%. Kata Akim:-

Bagi saya, cukuplah sekadar majlis sederhana bagi meraikan kedua-dua belah pihak. Semestinya kedua ibu bapa kami ingin menjemput sahabat rapat dan saudara terdekat.

Kami tidak mengharapkan tajaan namun tidak menolak sekiranya tawaran diberikan bersesuaian dengan majlis itu nanti. Kami tidak mahu majlis kami dikawal dan mengikut kehendak pihak penaja. Saya juga tidak menolak kemungkinan untuk menyanyi di majlis perkahwinan sendiri.

stacy

Sesungguhnya perkahwinan itu adalah hari di mana pasangan suami isteri menjadi raja sehari. Namun kalau di hari bahagia semua benda tak boleh buat kerana tajaan, memang tak syok lah. Kalau Akim dan Stacy nak terima tajaan, diharap berbincang betul-betul terlebih dahulu. Kalau boleh biarlah majlis perkahwinan itu dapat dihadiri oleh peminat yang sudah pasti tak sabar menatap wajah mereka di hari bahagia tersebut. Sumber BHPlus.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...