Akim Ahmad Akui Belum Bersedia Untuk Berkahwin

Hiburan

Akim Ahmad Akui Belum Bersedia Untuk Berkahwin

Susulan kenyataan Stacy yang tidak meletakkan harapan tinggi terhadap perhubungan cinta, Akim menganggap perkara itu adalah normal kerana wanita pastinya tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai sesuatu jika tidak pasti dengan hal tersebut.

Hubungan kami masih lagi baik dan saya tahu mengenai kenyataan yang dibuatnya (Stacy). Biasalah perempuan, takkan nak cakap lebih-lebih tentang hal cinta yang belum pasti. Tak manis pula jadinya.

Advertisement

Sebagai manusia biasa, saya telah pun mendedahkan hubungan cinta antara kami sebelum ini. Dan jika dia beri kenyataan sebegitu, tidak salah. Memang kami belum sedia untuk berkahwin buat masa ini.

Sama seperti Stacy, Akim juga turut menjelaskan perbezaan agama bukanlah penghalang untuk mereka bercinta. Malah, baik keluarga Akim mahupun Stacy mereka merestui hubungan ini dan bersikap terbuka mengenainya.

Mungkin perkara itu (kahwin) perlu mengambil sedikit masa. Saya pun tak boleh nak cakap perkara ini lebih-lebih. Biarlah takdir jodoh menentukan.

Tetapi apabila isu agama timbul, ia agak sensitif untuk dibincangkan. Mungkin perkara itu (kahwin) perlu mengambil sedikit masa. Saya pun tak boleh nak cakap perkara ini lebih-lebih. Biarlah takdir jodoh menentukan.

Semua pasangan sedang bercinta pasti mahu mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan, namun mereka harus bersedia untuk menempuh alam rumah tangga yang penuh dengan dugaan.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...