Written by Bella | April 22nd, 2015

Akim Ahmad sebelum ini memang seronok dan selalu terbuka untuk bercerita mengenai kisah cinta beliau bersama Stacy tetapi kini Akim nampaknya sudah jarang memberikan komen lanjut tentang mereka dan menyatakan beliau tidak meletakkan harapan tinggi terhadap hubungan tersebut.

Walaupun spekulasi mengatakan perbezaan agama adalah penghalang percintaan mereka tetapi buat Stacy beliau merasakan hubungan mereka masih lagi di peringkat awal serta agak sukar untuk menjangkakan kemana hala tuju perhubungan itu pada masa hadapan, Stacy menyerahkan perkara itu kepada jodoh.

Hubungan kami sebenarnya masih di peringkat awal dan pada asasnya bukan saya yang mendedahkan perkara itu kepada umum. Sebab itu saya tidak terlalu bercakap soal cinta kerana saya sendiri belum tahu arah tuju hubungan kami ini.

Sebelum ini pun bukan saya yang buka mulut tentang hubungan kami dan jika ada orang tanya, sebaiknya Akim yang jawab. Saya masih dengan pendirian sama untuk tidak terlalu mendedahkan perkara tersebut secara terbuka.

Namun, Stacy menjelaskan beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang Akim daripada membicarakan soal percintaan mereka. Stacy pula tetap dengan pendirian yang sama untuk tidak terlalu mendedahkan perkara tersebut secara terbuka.

Mungkin Stacy memerlukan masa untuk mengenali Akim dengan lebih dalam lagi dan harus mempersiapkan diri untuk memasuki Islam sebelum melangkah ke fasa seterusnya. Usahlah terburu-buru dalam percintaan, jika sudah yakin dan pasti barulah buat keputusan untuk bersama.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.