Akibat Terlalu Gementar, Yonnyboii Alami Serangan Panik Selepas ‘Catwalk’ Di KLFW2021

Hiburan

Akibat Terlalu Gementar, Yonnyboii Alami Serangan Panik Selepas ‘Catwalk’ Di KLFW2021

Penyanyi rap, Yonnyboii mengalami serangan panik selepas beliau selesai memperagakan fesyen jenama Neonate di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 (KLFW2021) yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur akibat terlalu gementar.

caprice
3 years ago

Demam Panas Dan 'Panic Attack' Lepas Terima Vaksin, Caprice Masuk Hospital

Advertisement

Menurut Yonny atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, dia secara tiba-tiba diserang sesak nafas sehinggakan perlu dibawa keluar pentas oleh tunangnya, Nik Nazirah untuk ditenangkan.

Tambahnya lagi, dia seringkali mengalami gejala yang sama (serangan panik) setiap kali sebelum dirinya membuat persembahan di pentas dan akan ditenangkan oleh pengurusnya, Nad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? (@yonnyboii)

Dalam pada masa yang sama, penyanyi lagu Aku Itu Aku itu turut memberitahu dia tidak tahu cara untuk mengatasi masalah serangan panik ini dan punca ia terjadi kerana Yonny terlalu takut jika dia melakukan kesilapan besar di acara tersebut.

Saya jadi tidak yakin dengan diri sendiri sebab nampak orang lain lagi profesional. Memang banyak perkara bermain dalam fikiran saya semalam.

Yonnyboii serangan panik

Walau bagaimanapun, Yonny mengakui berasa teruja kerana diberi peluang untuk berjalan di atas pentas KLFW2021 bagi memperagakan busana Neonate milik pengacara popular, Karl Shafek.

Apa-apa pun, Yonny berjaya catwalk dengan jayanya!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...