Akibat Bom Ikan Meletup, Penduduk Sangka Tsunami Melanda

Trending

Akibat Bom Ikan Meletup, Penduduk Sangka Tsunami Melanda

Bagi anda yang belum tahu, pengeboman ikan berlaku di banyakkan kawasan terumbu batu karang di seluruh dunia dan salah laku menggunakan bom ikan ini adalah masalah yang teruk serta meluas di Asia Tenggara, Afrika Timur dan Amerika Tengah.

Bom ikan adalah sejenis bahan letupan yang biasa digunakan nelayan untuk menangkap ikan di lautan dalam. Gejala nelayan menggunakan bom ikan bukan sahaja membunuh ikan yang mereka cuba untuk tuai tetapi ia juga membunuh spesies hidupan laut yang lain.

Advertisement

4 years ago

Maritim Malaysia Tahan 20 Nelayan Vietnam, Rampas Ikan Dan Bot Bernilai Hampir RM1.5 Juta

Selain itu, ia juga boleh kurangkan serta melambatkan pertumbuhan batu karang kerana kemusnahan batu karang mengambil masa yang sangat lama untuk tumbuh semula lalu ia akan menjadi runtuhan batu batu karang yang mati.

Kebiasaannya, banyak nelayan yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini membuat bom ikan tersebut daripada baja dan bahan bahan sedia ada. Bagi yang tidak tahu, penggunaan bom ikan ini adalah sangat bahaya dan sudah banyak kes kematian yang berlaku disebabkan penggunaan bom ikan tersebut.

Sebanyak 13 rumah di Dusun Macan Putih, Kabupaten Pasuruan Jakarta mengalami kerosakan teruk apabila sebutir bom ikan meletup secara tiba-tiba pada Sabtu lepas.

Menurut sumber KOSMO, siasatan awal polis di daerah berkenaan mendapati ledakan itu dikesan berpunca daripada dua buah rumah penduduk setempat bernama Mat Sidiq dan Gofar yang bekerja sebagai nelayan.

Bom ikan meletup

Kawasan kejadian letupan bom ikan tersebut – Sumber KOSMO

Tambahan lagi, kedua-dua nelayan itu dilaporkan maut dalam kejadian tersebut. Memetik kata-kata daripada Ketua Kampung Desa Macan Putih, letupan yang kedengaran sehingga jarak 5 kilometer itu turut merosakkan 11 buah rumah lain.

Buat masa sekarang, jumlah kerugian dan kerosakan yang dialami penduduk di kawasan itu masih disiasat oleh pihak berkuasa daerah.

“Saya fikir kampung dilanda tsunami,” kata seorang saksi kejadian bernama Citra.

Bom ikan meletup

Gambar contoh bom ikan – Sumber Google

Sementara itu, salah seorang saksi bernama Citra mengatakan yang dia menyangka tsunami telah melanda kampung mereka ketika letupan berlaku kerana gegaran yang sangat kuat.

Tambahnya lagi, dia melihat ramai orang kampung yang berlari keluar daripada rumah mereka dan ada juga yang melaungkan azan kerana menyangkan tsunami melanda.

Pendapat anda? kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...