Maritim Malaysia Tahan 20 Nelayan Vietnam, Rampas Ikan Dan Bot Bernilai Hampir RM1.5 Juta

Trending

Maritim Malaysia Tahan 20 Nelayan Vietnam, Rampas Ikan Dan Bot Bernilai Hampir RM1.5 Juta

Isu pendatang asing ini nyatanya semakin berlarutan susulan agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang telah berjaya menahan 20 nelayan Vietnam dengan hasil rampasan ikan, bot serta peralatan menangkap ikan bernilai RM1.5 juta.

Pengarah Maritim Malaysia Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, berkata bot terbabit ditahan ketika menangkap ikan secara haram pada kedudukan 120 batu nautika dari muara Kuala Terengganu, jam 6 petang kelmarin.

Bot terbabit ditahan Kapal Maritim (KM) Pekan yang sedang melaksanakan Op Kuda Laut di kawasan berkenaan.

Lebih buruk lagi, bagi mengelak ditahan, nelayan terbabit bertindak membuang tali tambatan ke laut dalam usaha menghalang kapal Maritim menghampiri bot mereka.

Advertisement

“Mereka membuang tali ke laut dengan harapan tali berkenaan tersangkut pada kipas kapal Maritim. Tindakan itu taktik baharu digunakan nelayan Vietnam ketika melarikan diri selepas dikesan menceroboh perairan negeri ini”

Pemeriksaan mendapati bot terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu serta melanggar syarat lesen iaitu tiada permit kerja dan melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara tanpa kebenaran. Semua kru termasuk tekong berusia antara 21 hingga 52 tahun turut ditahan kerana tiada dokumen dan permit kerja.

“Kami merampas hasil tangkapan laut membabitkan ikan baja dan ikan campur-campur sebanyak dua tan, 3,000 liter bekalan diesel, bot dan peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai hampir RM1.5 juta.

“Bot serta kru dibawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963”

Macam-macam modus yang dilakukan pendatang luar kini. Pun begitu, tahniah diucapkan buat Maritim Malaysia atas usaha membanteras isu penyeludupan haram sumber laut ini.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...